14 August 2010

Oit! Motivasi Untuk Diri Di Waktu Pagi! Jom Cuba!

Azura: Haizzz, makin malas pula buat keja ni, bertimbun sudah ni, so, tadi cuba cari tips2 motivasi skit, kekeke, then jumpa blog ni, so I think, better share it with you guys too! 



Perkara terbaik yang patut kita lakukan setiap pagi ialah:-

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Anda masih diberi peluang untuk hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Pasang niat dalam hati untuk tekad bermotivasi. 
Kalau perlu baca beberapa artikel motivasi yang pendek. Boleh juga kalau ambil masa 3 - 5 minit untuk menonton sesi motivasi di tv. (Jangan buka email, facebook, blog, twitter atau join sesi mengumpat di waktu pagi. Energy negative akan mempengaruhi mood anda untuk buat keja)

3. Apa jua yang anda lakukan, mulakan dengan doa. 
Minta dijauhkan daripada bisikan syaitan yang boleh membuat kita lalai, malas & mengantuk. (Tapi kalau blogging, facebooking tak pula ngantuk)

4. Set target untuk kemajuan diri sendiri. 
Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Sebagai seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

5. Lihat warna yang cerah-cerah. 
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau boleh membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

6. Penuhkan hati dengan kemaafan. 
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. (Palis-palis eh!)


2 Sweet Roses!:

@Mama JnJ~Hehehe, sis sihat ka? Take care sana ah, jangan nakal2 tau!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More