12 August 2010

Oit? Kacang Pis Boleh Tumbuh Dalam Paru-paru??

Betul ke? Macam tak logik pula. Tapi inilah yang berlaku kepada seorang warga emas di Britain. Ron Sveden, 75 tahun, sering batuk dan keadaannya yang semakin teruk memaksa isterinya, Nancy memanggil ambulans untuk menghantarnya ke hospital. 

Ron Sveden

Ujian sinar-X kemudian mendapati paru-paru kiri warga emas itu tidak berfungsi tetapi doktor-doktor bingung kerana tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia menghidap kanser paru-paru. Namun, doktor kemudian mendapati terdapat anak pokok kacang pis tumbuh dalam paru-paru Sveden berdasarkan sampel organ berkenaan yang diambil mereka. Doktor-doktor percaya pokok kacang pea itu tumbuh dalam paru-parunya kerana ia termasuk ke dalam sistem pernafasan Sveden semasa dia menelan kacang itu.

Dia menjalanani pembedahan untuk membuang anak pokok kacang pis itu. Dan you all nak tahu apa hidangan pertama yang dia makan setelah selesai menjalani pembedahan itu?

KACANG PIS

"Saya ketawa bersendirian dan memakannya (kacang pis)," kata Sveden.




0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More