24 August 2010

Kisah Pak Ali Dengan Si Pari-pari Tasik



Pada suatu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila lalu disebuah kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknya terjatuh ke dalam tasik. Pak Ali pun sedih. Tiba2 datanglah si pari-pari Tasik, dan dia pun menegur Pak Ali.

Pari-pari : Kenapa dgn kamu?
Pak Ali : Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari-pari : Inikah kapak kamu?
Pak Ali : Bukan.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari-pari : Inikah kapak kamu?
Pak Ali : Bukan. Kapak aku buruk saja.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak yang buruk.

Pari-pari : Inikah kapak kamu?
Pak Ali : Iya, iya, inilah kapak aku. Terima kasih sang pari-pari.

Pari-pari sangat suka dengan sikap Pak Ali yang jujur itu, lalu memberikan kesemua kapak2 itu kepadanya.

Pada hari yang lain pula. Pak Ali bersiar siar dengan isterinya di sekitar tasik yang sama. tiba-tiba isterinya pula yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali berasa sedih dan susah hati. Maka datanglah lagi si Pari-pari tasik.

Pari-Pari : Kenapa kamu bersedih?
Pak Ali : Isteri aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama ANGELINA JOLIE.

Pari-Pari : Inikah isteri kau?
Pak Ali : Ya, inilah isteri aku. (Sambil menangis teresak-esak)

Pari-pari sangat marah dan kecewa : Sungguh tak ku sangka kau yang begitu jujur satu ketika dulu kini menjadi tamak!
Pak Ali : Aku bukannya tamak wahai si pari-pari yang baik hati. Kalau ku katakan tidak pada ANGELINA JOLIE, kau akan bawakan pula MEGAN FOX. Kalau ku katakan tidak pada MEGAN FOX, baru la kau bawakan isteri aku. Dan bila aku katakan ya, kau pula memberikan mereka bertiga kepada aku. Aku yang miskin ni tak mampu nak tanggung mereka smua!

Si pari-pari pun pengsan....


Credit: Jane Venomous



0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More