18 August 2010

Jutawan Dibunuh Kerana Curang

Gara-gara curang!
Gara-gara mendapat tahu suaminya curang, seorang isteri nekad membunuh suaminya dengan tukul. Sally Challen, 56 tahun, dilaporkan menjerit: "Saya tidak dapat hidup dengan anda dan saya tidak dapat hidup tanpa mu." Dia kemudian memukul suaminya, Richard dengan tukul bertubi-tubi di rumah mereka. 

Beberapa jiran pasangan itu memberitahu, perkahwinan mereka selama 31 tahun retak pada tahun lalu kerana Richard yang merupakan seorang ahli perniagaan menjalin hubungan sulit dengan beberapa wanita dan kerap mengunjungi pelacur. Sally dan Richard cuba menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi wanita itu mengamuk apabila mengetahui suaminya yang berusia 61 tahun masih curang.

Selepas membunuh suaminya, dia kemudian menelefon seorang sepupunya sebelum memandu sejauh 112 kilometer ke sebuah bukit dan mengancam untuk membunuh diri. Anggota-anggota polis berjaya memujuk Sally supaya menyerah diri. Semasa berdepan dengan pihak polis, Sally mengaku melakukan pembunuhan tersebut. Polis seterusnya memecah masuk kediaman pasangan itu dan menemui mayat Richard.


lionkingemoticon
Azura: Seramnya... (speechless)


0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More