31 August 2010

Sindiket "Tepuk Bahu" Cari Mangsa Seterusnya!






Kekerapan orang ramai berkunjung ke bank untuk mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menjelang Aidilfitri memberi peluang kepada sindiket "tepuk bahu" membuat jenayah.

“Modus operandi sama iaitu selepas tepuk bahu mangsa yang berurusan di mesin ATM dan beritahu wang mangsa tercicir,” kata beliau di sini semalam. Beberapa suspek yang berada di tempat kejadian akan menunjukkan lokasi wang yang didakwa terjatuh sebelum seorang lagi suspek bertindak menukarkan kad ATM mangsa dan mengambil duit dari ATM yang dikeluarkan.
Kejadian terbaru melibatkan seorang kerani yang berusia 35 tahun ditepuk dari belakang sebelum mangsa menoleh dan ada seorang lelaki memaklumkan ada wang mangsa jatuh. Namun mangsa tidak mengambil wang itu kerana ia bukan miliknya.

Dalam masa itu, ahli sindiket itu mengambil kad ATM dan wang RM1,500 yang dikeluarkan oleh mangsa sebelum suspek-suspek meninggalkan bank tersebut.




Azura: Pelik dengan orang macam ni, dorang senang hati ke pakai duit orang lain? Pasti ada balasan. You all hati2 okay!

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More