21 August 2010

Firaun Tutankhamun Mati Akibat Kesan Sumbang Mahram

Wajah Firaun Tutankhamun yang dihasilkan melalui teknik membina semula muka daripasa imbasan mumianya oleh pasukan pakar dari Perancis.

Kematian mengejut Firaun Tutankhamun pada usia 19 tahun didapati berpunca akibat tubuhnya yang lemah kerana dia dilahirkan hasil daripada hubungan sumbang mahram melibatkan keturunannya, kata beberapa saintis.

Sepasukan penyelidik dengan bantuan mesin pengimbas tomografi paksi berkomputer (CT), ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan maklumat arkeologi, mempercayai nasib yang menimpa Firaun Tutankhamun yang turut dikenali sebagai Tut adalah kerana ibu bapanya merupakan pasangan adik-beradik.

Ujian DNA membuktikan bapa Firaun Tut meniduri salah seorang daripada lima adik-beradik perempuannya sekali gus menyebabkan tubuh anaknya mewarisi gen berbahaya yang melemahkan daya ketahanan badan di samping boleh mengancam nyawanya. Sebelum ini, Firaun remaja itu dipercayai meninggal dunia akibat kemalangan dan penyakit. 



Azura: Owwwwhhh, gitu rupanya. Ish ish ish...



2 Sweet Roses!:

owh... bodo nye firaun, adik sendirik pun nak tibai ke... isk isk isk... :p

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More