30 August 2010

Dihukum Gantung Kerana Belasah Tunang Hingga Mati


RAJA SAIFUL diiringgi anggota polis selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung.

Mahkamah Tinggi di Alor Setar semalam menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang jurujual peralatan gas selepas didapati bersalah membunuh tunangnya dua hari sebelum tarikh mereka diijabkabulkan, empat tahun lalu.

Tertuduh, Raja Saiful Nizam Raja Ali, 28, dari Bandar Amanjaya, Sungai Petani, dituduh melakukan kesalahan itu antara jam 12.01 tengah malam hingga 4 pagi, 29 Ogos 2006 di lereng bukit Tanjung Jaga, Yan. Dia dituduh dengan sengaja melakukan pembunuhan menyebabkan kematian Rohayu Kasa, 28, dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.

Sebaik hakim membacakan keputusan kes itu, beberapa ahli keluarga terdekat tertuduh yang berada di dalam mahkamah kelihatan menangis dan berpelukan. Raja Saiful Nizam yang berbaju kemeja kuning berkotak dan berseluar denim biru kelihatan tenang dan sempat memandang ke arah keluarganya sebaik hukuman dijatuhkan. 

Mengikut fakta kes, tertuduh dan Rohayu bertunang pada 22 Mei 2006 selepas sebulan mereka berkenalan dan ahli keluarga menetapkan tarikh perkahwinan mereka pada Februari 2008 sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina dengan belanja hantaran RM5,612.

Pada jam 8.30 malam 28 Ogos 2006, tertuduh dan mangsa keluar bersama dan pergi ke kawasan berhampiran sebuah banglo tinggal di Tanjung Jaga membincangkan hal perkahwinan mereka dan tertuduh memberitahu mengenai masalah wang hantaran yang tidak cukup sebanyak RM2,000 dan bertengkar. Rohayu mengaku dia mengandung dan tertuduh naik berang kerana dia yakin yang mereka tidak pernah melakukan hubungan seks sehingga menyebabkan tertuduh memukul mangsa dengan topi keledar di kepala serta badan menyebabkan tunangnya itu parah.

Tertuduh kemudian mengheret mayat mangsa ke dalam semak di lereng bukit di situ dan menutupnya dengan ranting dan daun kering. Beberapa jam selepas itu tertuduh menyerah diri kepada polis dan memaklumkan mengenai pembunuhan itu.



Azura: Haizzzz, kenapalah diikutkan rasa marah tu? 

10 Sweet Roses!:

marah kerana tunang curang.tapi kenapa pergi kat tempat sunyi tu..mcm dah rancang sesuatu

takde masalahnya dia tak mampu hadapi stress..lemah mental.macam tue nk kawen awal..hampeh!

@yahaya~Pelik kan? Nak bincang hal kawin kena pergi tempat sunyi macam tu ke?

@si biskut~Yaloh, kalau ye pun marah tunang pregnant, janganlah sampai belasah anak orang, takut ooo...

apabila ada dua orang berlainan jantina berdua - duaan pasti ada pihak ketiga, walau dalam puasa syaitan diikat namun nafsu yang memuak membataskan pemikiran normal

waaa..sangat ganas..
marah sampai berbunuh tu..hayyyoi

@hentakbelipat~Sadisss and tak terfikir kenapa dia sanggup membunuh wanita yang dia cintai, huhuhu...

@MyraLove =)~Minta dijauhkan dari lelaki macam ni, seram ooo, huhuhu!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More