13 August 2010

Dapat Arahan Dari Dinding Untuk Bunuh 4 Ahli Keluarga Sendiri?

Anggota polis menggali lokasi kepala Ismail yang ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada 6 Januari lalu.

Ingat lagi kes Rasidi Ismail? Lelaki yang didakwa atas kesalahan membunuh ayah, datuk, nenek dan adiknya sendiri? 

Siasatan terbaru mendedahkan tertuduh mendapat arahan untuk membunuh empat ahli keluarganya itu melalui visual tulisan yang dilihatnya pada dinding! Tertuduh juga mendakwa visual itu telah digunakannya sebagai medium antara alam hidup dan mati. Dan dia menegaskan bahawa, visual itu yang mengarahkan dia membunuh ayah, datuk, nenek dan adiknya.


Tertuduh memberitahu, dua tiga hari sebelum pembunuhan itu dia sering mendapat visual tulisan di dinding. “Visual itu memberitahu tentang kematian ahli-ahli keluarga saya iaitu ayah, emak, abang dan juga adik saya. Visual tersebut memaparkan bahawa ayah saya telah diangkat ke langit dan ibu saya terperanjat lalu meninggal dunia manakala abang kedua saya menjadi batu dan adik mati kemalangan jalan raya,” kata Rasidi.

Rasidi mendakwa walaupun ahli keluarganya itu telah mati namun dia masih boleh berhubung dengan mereka melalui perbualan dari hati ke hati. Dia akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


(Link)


Azura: Dia ingat dia ada super power macam si Harry Porter & Merlin ka? Memang sah orang ni gila! Tergamak bunuh ahli keluarga sendiri.

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More