13 August 2010

Contest "Apa Perlu Melati Makan Untuk Kurus Dibulan Puasa"


Waaaa, cumilnya patung ni. Tahu2 jak bah sis ni sa suka patung (alamak terlebih sudah merapu ni). Okay sis, saya pun nak cuba nasib juga ni. Sebenarnya, saya ni tak tahu sangat resepi yang sesuai untuk sahur & buka puasa. Tapi saya cuba ya! Inilah contest pertama yang saya join, thanks ya Sis Melati sebab sudi pelawa saya masuk contest ni. 

Okay, untuk Sis Melati, ni resepi saya | Ayam Bersambal Petai |


Bahan-bahan:-
~1kg ayam (potong kecil2, kemudian bersihkan & tos)
~satu sudu kecil serbuk kunyit
~sedikit garam


Bahan Pes:-
~30 tangkai cili kering (kisar)
~15 ulas bawang merah (kisar)
~4 ulas bawang putih (kisar)
~1 labu bawang besar (kisar)
~Minyak masak (agak2)
~175ml santan
~sedikit air asam jawa
~30 gm tomato (1 biji belah 4)
~30gm petai (guna 1 papan)


Cara Masak:-
1. Lumur ayam bersama serbuk kunyit, garam dan goreng sehinga garing. Ketepikan.
2. Dalam kuali yang lain panaskan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar dan kemudian masukkan pes cili dan biarkan sampai pecah minyak.
3. Masukkan ayam, santan, sedikit air asam jawa , tomato dan petai.
4. Masak di atas api yang sederhana, dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau rata dan angkat setelah masak.

Now, masa untuk tag 3 orang blogger comel!

~Mesti pandai masak ni, kekeke, sebab tu saya tag, kekeke! Jangan marah ye!~



Azura: Harap2 Sis Melati suka dengan resepi ni. Sesuai untuk berbuka puasa. Resepi ni tengok dari Blogresepi. Kalau nak letak lemon, rasanya okay kot? Kekeke. 


4 Sweet Roses!:

ohoho....2 suda sa dpt ni tag mandak...dari ko sama c suzierahman juga....adessss...apa la yg sa mo kas tarajun d kuali ni utk c melati ni ah....hmmmm *thinking.thinking.thinking.thinking.....mana leh kalah sama c sumandak azura ne...kekekee

@Gee~Wakakaka! Sa pandai masak yang simple2 jak ba, petai pun sa blajar makan time sa study dulu, bau busuk, tapi sedap ooo, kekekeke!!!!

Salam Azura!
Heehee ada petai! best =))

Thanks Azura for joining contest tunggu result nanti =)

@Faz Melati~Okay sis, thanks juga sebab sudi pelawa sa join contest! Excited ni!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More