21 August 2010

Bulan Kita Semakin Mengecil??



Rekahan-rekahan pada permukaan bulan menunjukkan ia semakin mengecil, lapor sebuah akhbar di Washington, Amerika Syarikat semalam.

Saintis-saintis percaya bulan akan mengecil apabila keraknya menjadi semakin sejuk seperti sebuah belon yang kehilangan udara. Penemuan tersebut dilaporkan selepas sebuah kapal angkasa Peninjau Pengorbit Bulan (LRO) merakamkan banyak garisan ganjil yang membentuk rekahan di tanah tinggi bulan.

Pakar-pakar percaya rekahan itu terhasil kerana kerak menjadi rapuh ekoran bulan yang kian mengecil. Mereka juga percaya bahawa rekahan-rekahan tersebut masih baru. Menurut saintis, bulan telah mengecil sebanyak 100 meter sejak 800 juta tahun lalu. 

Azura: Tak pula dinyatakan apa akan jadi kalau bulan semakin mengecil, nak juga tahu kesannya, kekeke!

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More