25 August 2010

Budak Disembelih Bapa Yang Sakit Mental



Luluh hati seorang ibu apabila melihat suaminya yang mengalami masalah mental tergamak menyembelih anak lelaki kesayangan mereka di dalam bilik air walaupun dia merayu berkali-kali supaya si suami tidak meneruskan niatnya dalam satu kejadian menyayat hati di Kampung Sungai Budor di sini semalam.

Mohd. Adam Muszhaffar Muhaimin, 3, meninggal dunia selepas lehernya hampir putus disembelih oleh bapanya, Muhaimin Sautar, 33, dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu. Selepas menyembelih anaknya, dia cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya tetapi tindakan itu gagal apabila dia diselamatkan penduduk. Difahamkan, Muhaimin bertindak demikian selepas dia gagal mengawal diri apabila dia didakwa telah lama tidak memakan ubat sakit mental.

Isteri Muhaimin, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu panas badan dan dia kemudian duduk di bawah rumah berhampiran dengan bilik air rumah mereka. Tidak lama kemudian dia terdengar Mohd. Adam menjerit lalu dia bergegas ke bilik air.

“Apabila saya sampai, luluh hati saya tatkala melihat suami saya bersungguh-sungguh menyembelih Mohd. Adam. Ketika itu suami berada di atas Mohd. Adam tanpa bersuara walaupun saya memintanya supaya berhenti. “Saya hanya mampu melihat darah membuak-buak mengalir ke lantai sehinggalah Mohd. Adam terkulai kaku dan tidak lagi bernyawa,” ceritanya ketika ditemui semalam.




Azura: Seramnya, memang kalau pesakit mental, mesti makan ubat ikut aturan yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tidak, dia bukan saja mampu membahayakan diri sendiri, dia juga mampu membahayakan orang lain terutama sekali orang yang paling dekat dengan dia.

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More