16 August 2010

Bongkar Personaliti Melalui Tulisan Anda

Tulisan mencerminkan peribadi, jom tengok info dibawah ni ya, betul ke tak?

Tekanan:-
1. Kuat sehingga meninggalkan bekas tulisan dibahagian belakang kertas: Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.

2. Ringan, tidak meninggalkan bekas di belakang kertas: Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Bentuk Tulisan:-
1. Bulat-bulat: Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

2. Leper atau Tajam: Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Kecondongan:-
1. Ke Kanan: Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur dengan orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.

2. Ke Kiri: Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur dengan orang.

3. Tegak: Sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah.

4. Campur-campur: Emosi tak tetap.

Kerapatan:-
1. Jarang-jarang: Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

2. Rapat-rapat: Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.

Lihat huruf J, G, Y, Z, tulisannya mempunyai ekor:-
1. Besar, panjang dan sempurna: Tahap emosi dipamerkan jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, dan rajin.

2. Kecil, pendek dan tak sempurna: Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam dirinya.

Lihat huruf kecil T (t):-
1. Tinggi: Tahap aspirasi tinggi.

2. Rendah: Mudah berpuas hati, cita-cita rendah.

3. Tengah-tengah: Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana.


6 Sweet Roses!:

@Zairie Husin~Hehe, thanks, owh ya, nice story you have :)

interesting info tentang tulisan =)

terimakasih info yg bagus. tapi skrg ni ku dah jarang sangat menulis guna pen atau pensil ni.. hehee..

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More