31 August 2010

Isu Paderi Melayu dari Singapore: Jangan Terpedaya Dengan Fitnah Orang! [UPDATED]

Fitnah yang sedang disebarkan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab!
Credit gambar: StewardJohn.com
Fitnah ini sebenarnya terdapat dalam dua versi, rupa2nya ia sudah lama disebarkan, sejak tahun 2007 lagi, cuma versi 2007 tidak dinyatakan nama paderi dan juga gambar paderi.
Credit gambar: Simon
Gambar Paderi ini telah disalahgunakan. Gambar ini diambil 4 tahun lepas semasa Father Nick (sebelah kanan) berada di Vatican City. Father Nick sangat dikenali di sekitar daerah Lahad Datu. So dia sebenarnya orang sabah dan bukannya orang Melayu seperti yang dinyatakan. Sigh!
Credit gambar: Simon
Sekarang balik lagi isu panas yang berkaitan dengan agama, entah sapa yang mulakan. But I hope kita semua tak terpedaya dengan rancangan jahat orang2 yang cuba merosakkan perpaduan kita. Saya harap gambar ini mampu menjelaskan salah faham yang berlaku. Jangan kerana salah faham, kita semua bermusuh pula. 

Untuk pengetahuan semua, Holy Water bukan untuk diminum dan kenapa perlu takut dengan Holy Water? Kan lebih baik kita takut pada Tuhan? Tepuk dada tanyalah IMAN. Agama Kristian juga tidak menggunakan sihir, kerana sihir itu sendiri tidak dibenarkan dalam Kristian.

Peace!

CgMas & Koroe - Follower Bertuah "SUCH A SIMPLE LIFE"!


Yahoo! Akhirnya dapat juga give away this award, hope CgMas & Koroe like it, hehehe! Thanks sebab sudi jadi follower blog yang tak seberapa ni, simpanlah award ni tanda terima kasih dan penghargaan dari saya, happy blogging! :)


Hukum Bukan Islam Masuk Masjid


Hai guys, tadi masa saya check shoutmix saya, Coretan Perantau ada jemput baca post dia yang terbaru, tajuk dia "Hukum Bukan Islam Masuk Masjid". Very interesting since now ada masalah pasal isu larangan bukan islam masuk masjid. Why don't you guys go there and spend some time to read it? Get some info about it.

Just click Here for that post.

Buang Tabiat Diwaktu Subuh!


Hai semua, tak dapat tidur ni, so spare some time to reply comment and balas blogwalking you all. Hopefully saya sempat visit you all, hihihi!


P/s: Who knows where I can find guitar chords selain kat ultimate-guitar? Share la linknya okay? Tatata!


Waheeda Dengan Fesyen Berpurdah



Semasa bernikah dengan Akhil Hayy, penyanyi Waheeda pernah memberitahu yang dia akan memberi tumpuan kepada keluarga dan bakal bersara daripada dunia hiburan.

Sebab itulah selepas berkahwin jarang nampak kelibat Waheeda. Hanya beberapa program yang diatur awal sahaja dipenuhinya. Sekarang dia hanya menjadi penyokong kepada suaminya yang masih aktif sebagai pendakwah dan juga penyanyi lagu-lagu keagamaan. 

Waheeda juga sudah berubah penampilan diri. Sekarang penyanyi itu tampil dengan fesyen berpurdah.

MEMEY dan NORMAN Bertunang Raya Keempat



Akhirnya pasangan merpati sejoli ini sepakat mengikat percintaan mereka kepada ikatan pertunangan. Berita gembira ini diakui sendiri oleh Memey ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Skop Production. 


Azura: Okaylah tu, semakin hari semakin mesra. Mudah2an lepas ni tiada masalah sudah. Tapi Norman, jangan lupa tanggungjawab sebagai ayah kepada anak2 hasil perkongsian hidup dengan Abby Abadi pula.

CCTV Rakam Imej Lelaki Letak Kotak Misteri

Ada baca previous post pasal kotak misteri? Belum? Jom baca. (Link)




Polis percaya dapat mengenal pasti suspek yang meletakkan kotak berisi bom buatan sendiri yang meletup sehingga mengorbankan seorang wanita di tingkat 12, Apartmen Desa Tun Razak di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, identiti suspek dikesan hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat pada lif di bangunan itu.

"Melalui rakaman CCTV tersebut, kita kesan seorang suspek yang dipercayai bertanggungjawab meletakkan kotak tersebut," katanya di sini semalam.



Azura: Teringin nak tahu apa motif sebenar si pengirim kotak tu, maybe because of rasa tak puas hati, dendam. Who knows? Harap2 settle cepat.

Sindiket "Tepuk Bahu" Cari Mangsa Seterusnya!






Kekerapan orang ramai berkunjung ke bank untuk mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menjelang Aidilfitri memberi peluang kepada sindiket "tepuk bahu" membuat jenayah.

“Modus operandi sama iaitu selepas tepuk bahu mangsa yang berurusan di mesin ATM dan beritahu wang mangsa tercicir,” kata beliau di sini semalam. Beberapa suspek yang berada di tempat kejadian akan menunjukkan lokasi wang yang didakwa terjatuh sebelum seorang lagi suspek bertindak menukarkan kad ATM mangsa dan mengambil duit dari ATM yang dikeluarkan.
Kejadian terbaru melibatkan seorang kerani yang berusia 35 tahun ditepuk dari belakang sebelum mangsa menoleh dan ada seorang lelaki memaklumkan ada wang mangsa jatuh. Namun mangsa tidak mengambil wang itu kerana ia bukan miliknya.

Dalam masa itu, ahli sindiket itu mengambil kad ATM dan wang RM1,500 yang dikeluarkan oleh mangsa sebelum suspek-suspek meninggalkan bank tersebut.




Azura: Pelik dengan orang macam ni, dorang senang hati ke pakai duit orang lain? Pasti ada balasan. You all hati2 okay!

Pelajar Nigeria Cetak Wang AS$ Palsu

Wang palsu dan alatan seks yang dirampas daripada suspek.
Sepasukan polis tidak menduga kedatangan mereka ke sebuah rumah di Bandar Sungai Long di sini untuk meleraikan satu kes pergaduhan rupa-rupanya membongkar tembelang tiga pelajar warga Nigeria termasuk seorang wanita yang mencetak 100,000 mata wang dolar Amerika Syarikat (AS$) palsu.

Kegiatan yang dilakukan sejak dua bulan lalu itu terbongkar pukul 10 malam Khamis lalu sebaik polis menerima satu panggilan dari seorang wanita Nigeria berusia 23 tahun mengatakan terdapat pergaduhan bermotifkan cemburu antara dua lelaki di rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, polis kemudian telah meleraikan pergaduhan antara kedua-dua lelaki itu.

Katanya, polis yang curiga kemudian telah melakukan pemeriksaan dan menemui sebuah beg berisi 10 bungkus mata wang AS$ yang setiap satunya mengandungi 10,000 keping kertas yang telah dan belum dicetak disembunyikan di sebuah bilik.

30 August 2010

Dihukum Gantung Kerana Belasah Tunang Hingga Mati


RAJA SAIFUL diiringgi anggota polis selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung.

Mahkamah Tinggi di Alor Setar semalam menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang jurujual peralatan gas selepas didapati bersalah membunuh tunangnya dua hari sebelum tarikh mereka diijabkabulkan, empat tahun lalu.

Tertuduh, Raja Saiful Nizam Raja Ali, 28, dari Bandar Amanjaya, Sungai Petani, dituduh melakukan kesalahan itu antara jam 12.01 tengah malam hingga 4 pagi, 29 Ogos 2006 di lereng bukit Tanjung Jaga, Yan. Dia dituduh dengan sengaja melakukan pembunuhan menyebabkan kematian Rohayu Kasa, 28, dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.

Sebaik hakim membacakan keputusan kes itu, beberapa ahli keluarga terdekat tertuduh yang berada di dalam mahkamah kelihatan menangis dan berpelukan. Raja Saiful Nizam yang berbaju kemeja kuning berkotak dan berseluar denim biru kelihatan tenang dan sempat memandang ke arah keluarganya sebaik hukuman dijatuhkan. 

Mengikut fakta kes, tertuduh dan Rohayu bertunang pada 22 Mei 2006 selepas sebulan mereka berkenalan dan ahli keluarga menetapkan tarikh perkahwinan mereka pada Februari 2008 sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina dengan belanja hantaran RM5,612.

Pada jam 8.30 malam 28 Ogos 2006, tertuduh dan mangsa keluar bersama dan pergi ke kawasan berhampiran sebuah banglo tinggal di Tanjung Jaga membincangkan hal perkahwinan mereka dan tertuduh memberitahu mengenai masalah wang hantaran yang tidak cukup sebanyak RM2,000 dan bertengkar. Rohayu mengaku dia mengandung dan tertuduh naik berang kerana dia yakin yang mereka tidak pernah melakukan hubungan seks sehingga menyebabkan tertuduh memukul mangsa dengan topi keledar di kepala serta badan menyebabkan tunangnya itu parah.

Tertuduh kemudian mengheret mayat mangsa ke dalam semak di lereng bukit di situ dan menutupnya dengan ranting dan daun kering. Beberapa jam selepas itu tertuduh menyerah diri kepada polis dan memaklumkan mengenai pembunuhan itu.



Azura: Haizzzz, kenapalah diikutkan rasa marah tu? 

Pekerja Wanita Maut Kerana Bom Buatan Sendiri


ANGGOTA polis memeriksa kesan letupan bom buatan sendiri di Tingkat 12, Apartmen Desa Tun Razak,  di Kuala Lumpur,  pagi semalam.

Seorang wanita pekerja kafe siber maut, manakala rakan sekerjanya cedera parah apabila bom buatan sendiri yang dimasukkan dalam sebuah kotak dan diletakkan di hadapan rumah majikan mereka di Tingkat 12, Apartmen Desa Tun Razak meletup.

Kedua-dua mangsa, Ng Siew Hong, 51, dan seorang pekerja lelaki, Kong Yong Sheng, 38, melecur hampir 90 peratus badan dan muka serta dilaporkan kritikal. Bagaimanapun, Ng disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira 5.45 petang semalam. Kong sudah dipindah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan.

Menurut polis, siasatan awal mendapati bom buatan sendiri itu dimasukkan dalam sebuah kotak kecil bersama beberapa mercun bola yang dilumur minyak tanah dan meletup sebaik mangsa mengangkat dua biji limau barli yang diletakkan di atas kotak berkenaan. 

Beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan perbuatan khianat. “Kita kini mendapatkan bantuan Unit Forensik Polis, Unit Pemusnah Bom Polis Kuala Lumpur dan Unit Forensik Jabatan Bomba bagi mengenalpasti bahan yang digunakan untuk menghasilkan bom itu. “Polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di apartmen ini bagi mengenalpasti suspek yang bertanggungjawab meletakkan kotak mengandungi bahan letupan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Azura: Kejam juga orang tu, kalau marah pun jangan sampai buat perkara macam tu, kan membunuh sudah, gila punya orang. Harap2 cepat ditangkap!

CEO Saman Celcom 20 Juta?


Noor Haslina Abdullah, 39, yang merupakan CEO Kolej Islam Sains dan Teknologi memfailkan saman RM20 juta ke atas Celcom Axiata kerana didakwa mendedahkan kandungan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan rakaman perbualan telefon beliau dengan individu lain.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menuntut RM10 juta bagi pendedahan SMS dan RM10 juta lagi bagi pendedahan perbualannya. Jumlah tersebut merangkumi ganti rugi teladan iaitu masing-masing sebanyak RM8 juta dan ganti rugi bagi kecederaan perasaan, trauma dan tekanan mental sebanyak RM2 juta.


Azura: Entah apalah kandungan sms and phone calls dia tu ye, huhuhu...

27 August 2010

My Life Forecast For Today


Everyday has it own story, here's for today, lol!

Good
1. Get another buffered earnings from Celcom Facebook SMS.
2. Dapat laptop, member jual Acer Aspire 3680 for RM300 only! Still in good condition, hantamlah!
3. My friend, Fiona, babynya bebas G6PD! Thank God!
4. Fix error on that new laptop, thanks to Mr Google.
5. Too happy to know that so many people love my tweets and ask for more tweets. Do you have Twitter? Tweet me "NerdyAzura".


Bad
1. Customer banyak yang buang tabiat.
2. My Celcom Broadband modem sot, I really wanna cry. :'(
3. I saw stray cat and suddenly I miss my cat, Dodot. Where are you? :'(
4. Tired with my demanding & sarcastic boss. Thinking of looking for a new job.



P/s: But no worries, I can still be considered as lucky, lol! Thank God for the blessing today!

Customer Yang Buang Tabiat!

Pening layan customer macam ni.

Aduiii, can you imagine, you have a store, and tiba2 ada customer datang cakap, "saya bawa dulu ni barang test, kalau okay baru saya datang bayar..." Nonsense betul, mata saya terus terbeliak! Kalau dikenal tak apa, ni nama timangannya pun saya tidak tahu, menyampah! 

Saya tak fahamlah, mentaliti orang macam ni, otak dia simpan dimana ya? Ini bukan kali pertama saya jumpa customer gila macam ni, tebal betul muka dorang ya cakap macam tu, fed up ooo! Kalau dorang jadi boss, dorang mahu ka customer cakap macam tu sama dorang? Dorang mahu kasi customer test barang dulu, lain kali baru bayar? Nuts!

Saya terus cakap tak boleh, then dia sibuk merayu dengan kawan2 saya untuk bagi dia bawa pulang dulu itu barang, sedangkan dorang ni memang terkenal, lepas bawa barang, batang hidung pun nda nampak sudah, kebetulan kawan saya kenal dengan si bodoh ni, and after I check previous record, dia masih ada hutang RM30 dengan company ni. RM30 pun belum bayar, ni mahu ambil barang harga RM450? Eeeeee, teruk betul!

Last2 saya cakap saja, "cuba kamu pergi SERVAY dengan GIANT, kasitau ambil barang dulu test, kalau okay baru datang bayar, dorang mau ka?"

Customer terdiam and trus berambus.

Stupid mentality!

Adakah Baby Anda Menghidap G6PD Syndrome?

Huhuhu. Lega rasanya, tadi kawan satu kerja saya, Fiona bawa babynya yang comel montel tu pegi hospital untuk ambil report check tahap G6PD. Syukurlah semuanya normal sudah, at least dia senang hati and tak risau sudah. Heppy tengok dia post berita gembira di Facebook tadi, hehehe, dia tak turun keja kan hari ni. Saya pun ikut tumpang gembira ni.

Dulu waktu dia bersalin, kesian dia, baru beberapa hari bersalin, dia terus keluar masuk hospital, sebab anak dia sakit kuning and makin teruk sebab ada sindrom G6PD ni. Ada juga saya google about sindrom ni. Apa yang dia show, baby atau pesakit yang menghidapi sindrom ni, tak boleh kena atau makan kacang parang, then ubat naftalena yang kita selalu pakai untuk halau semut tu, itu pun bahaya. Semua kena jaga.

Kalau you all nak tahu psal G6PD, just click HERE. Penting ni untuk bakal2 mum untuk tahu, sebab kira bahaya juga ni kalau kita tak ambil tahu pasal penyakit2 ni. Jangan ingat kita sihat then tak nak ambil peduli bab2 kesihatan ni. Kita juga berkemungkinan besar menjadi pembawa penyakit2 berbahaya.

G6PD deficiency is an inherited condition in which the body doesn't have enough of the enzyme glucose-6-phosphate dehydrogenase, or G6PD, which helps red blood cells (RBCs) function normally. This deficiency can cause hemolytic anemia, usually after exposure to certain medications, foods, or even infections.



26 August 2010

Tutorial Cara Menggunakan Mesin Jahit Blondal


Tadi check keyword hits for today, surprise nampak ada orang cari video tutorial cara menggunakan mesin jahit Blondal, zura tak sempat nak buat tutorial ni, tapi kalau kamu perlukan info, jarum ataupun CD tutorial, try contact Blondal office yang berdekatan.

Senarai penuh alamat dan no telefon cawangan Blondal seluruh Malaysia:


Tukang Buat Baby Comel!



Sepasang suami isteri sudah lama mencuba utk mendapatkan anak. Setelah mendapatkan nasihat dari doktor, akhirnya mereka bersetuju utk menggunakan kaedah "anak tumpang" atau kata lain, isterinya itu akan menggunakan benih lelaki lain utk mengandung. Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan "menyedekahkan" spermanya, maka satu hari, berkatalah si suami "Ok sayang.. abang pergi dulu... sebentar lagi lelaki tu akan datang..." (lelaki yang nak dermakan sperma dia) Sambil menunggu kedatangan penderma tersebut, tiba² muncul seorang jurugambar yang kerjanya ambik gambar² bayi.

"Selamat pagi puan.. saya datang utk...." belum sempat habis bercakap, si isteri tadi memotong kata²nya dan berkata "oh ya.. saya memang menunggu awak..""errr ye ke?" kehairanan photographer tu.."kalau macam tu..bagus la.. saya dah buat banyak bayi yang istimewa..(maksudnya gambar bayi yang baik la.. )"Itu la yang suami dan saya harapkan.."kata si isteri.." silakan masuk..dan duduk la..""Hmmm macamana kita nak start???" tanya si isteri setelah beberapaketika..."Serahkan pada saya puan... saya selalunya buat di bathtub... sekali kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat atas lantai diruang tamu saja. itu pun seronok juga..anda mesti suka..." kata lelakitadi menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar.. "Bathtub??? atas lantai...??? Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya dan suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. "jelas isteri...."Puan, tak da orang yang boleh gerenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin...anda akan suka dengan resultnya... Si isteri tercengang... 

"Puan..dlm keja saya nie..seseorang mesti mengambil masa sikit..saya suka berada di luar dan di dalam buat beberapa ketika.. tapi tentu puan tak suka.."Macam saya tak tau???" kata si isteri..Photographer tadi mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya.. "yang ini saya buat masa di atas bus kat London.."Hah!...atas bas????" terkejut si isteri..."Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. " kata photograper tadi.. "Emaknyer susah nak bekerjasama????" tanya si isteri.. "Ya... memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat keja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu..utk melihat dengan jelas apa yang kami lakukan..." "Di depan public???"terkejut si isteri. 

"Ya..dah tu..lebih kurang 3 jam baru selesai.. emaknya.. menjerit,terpekik.. sehingga saya tak boleh nak concentrate..bila tupai2 dah datang menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya.. " cerita si Photograper.. "awak maksudkan tupai² tu really usik awak punya....alat???" tanya si isteri.. "Ya puan... tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod.... lepas tu kita akan mulakan.."Tripod????"nak buat aper..??? "tanya si isteri.."OH..itu utk laraskan alat saya nanti... ianya terlalu besar utk saya pegang lama-lama.. ""er puan.???Puan??? la..dier pengsan!!


Suami yang Kejam Dan Malas!



Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

Akob pengsan on the spot!


Permintaan Terakhir Si Banduan


Tiga lelaki - seorang ahli falsafah, seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek. Lalu hakim berkata: "kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku, kalau aku dapat menjawab, kamu akan ditahan, tapi kalau aku tidak dapat menjawab, kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata: "Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates. Jika Yang Arif berjaya membawanya, saya rela dihuku." Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan, lalu buku itu diberikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan. "Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif." Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan.

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan: "Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat". Sambil menekan kalkulator dengan pantas. Hakim memberikan jawapannya dan ternyata tepat. Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan.

Giliran terakhir pergi kepada pelawak: "Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!" kata si pelawak. Apabila kerusi disediakan, pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat. Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim. "Yang Ariff, dari lubang mana kentut saya tadi keluar?" 

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi, hakim berkata: "Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini." 

"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya keluar dari lubang punggungku ini!!!" 

Pelawak itu akhirnya dibebaskan.


Kisah Pembuangan Bayi



Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun. 

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya. 

Pak Majid: Hmmmmm! Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je. 

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid? 

Pak Majid: Hmmmmmmm! Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya.

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya. 

Pak Majid: Hmmmm! Inilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu. Aku jual je anak-anakku tu!

Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid! 

Pak Majid: Hoii! Engkau sedar tak sekarang ni kita berada di mana? Sedarlah Abu! Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu! 

Pak Abu: Hahahahahaha!

Banduan Yang Bijaksana



Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang ada dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka).

Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?"

Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya setelah si bapak terima surat, datang satu peleton tentara dari kota Medan.

Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya.

"Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"

Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan udah dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin terima kasih sama mereka."

Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pingsan.



Azura: Hahaha, pandai punya banduan!
lionkingemoticon

Robot Mampu Mengesan Pembohongan


Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...


Azura: Hahahaha, semuanya pembohong!
lionkingemoticon

Banyak Tempahan Sulaman Ni

Credit gambar: Kunaz


Holla, musim2 puasa ni, banyak pula orang nak buat tempahan sulaman baju raya, hehehe, ini peluang ni menambah duit ni, kekeke! Tapi tahun ni rasanya tak dapatlah saya terima tempahan sulaman, sebab tak mampu nak beli mesin jahit sulaman ni. Harga dia mau 3K tapi dia bukan automatik tahu, bukan macam mesin sulam epal tu, hihihi. Tapi saya memang sukalah mesin jahit ni. Maybe because saya belum pernah cuba mesin sulaman epal.

Time saya jadi Sales Consultant untuk brand Blondal ni, memang tak pernah miss, mesti ada tempahan sulaman, syukur dapat juga pendapatan sampingan. Saya pun tak minta upah mahal2, sebab saya takut dorang tak berpuas hati, lagipun saya memang minat sulaman, bukan sebab duit saja. Asal customer suka dengan corak ciptaan sulaman saya, saya sudah cukup happy! Lol!

Pernah juga saya dapat offer jadi tukang sulam. Sebab customer (tukang jahit yang kira famous di tawau ni) tu sangat berpuas hati dengan demo yang saya buat, terus dia beli mesin ni, dapat juga komisen sikit, kekeke. Gaji yang dia bagi okay juga, tapi kan saya keja dengan Blondal, quite busy, kadang2 outstation tengah malam baru pulang. Kadang2 pula kalau outstation terpaksa bermalam di quarters Blondal. So saya tolak, then dia offer pula part-time, untuk menyulam setiap hari Ahad, still saya tolak, sebab saya keja 24/7! Hari Ahad la syurga untuk sales girl macam saya ni, sebab saya dengan team saya akan buat demo dari rumah ke rumah untuk cari sales, memang penat, tapi pengalaman yang saya dapat, sangat berharga. Si tomboy ni sudah pandai menyulam lepas ikut kursus yang disediakan untuk staff Blondal, kekeke!

Kalau ada masa free dekat rumah, memang saya suka reka corak2 sulaman yang baru, dan cari teknik2 supaya sulaman itu sempurna and siap dengan cepat, kekeke. Kalau time dekat raya, memang saya sangat busy, sebab saya perlu siapkan tempahan customer, kadang2 sampai 5 pasang dorang hantar, belum campur dengan customer lain, sampai saya tak cukup tidur, nasib baik my mum tolong saya, sayang my mum, bila saya dah siap sulam, dia yang tolong bukakan kertas pengeras and benang2 sulaman yang berjuntai2 tu, nampak kemas sikit, memang terharulah dengan pergorbanan my mum temankan saya menyulam, kadang2 sampai jam 3 pagi, kekeke, dia tahu saya ni penakut, takut sendiri, hahaha!

Lepas dah tukar keja ni, saya sudah tak sentuh mesin sulam sudah, mesin sulam saya sudah kasi balik kan, kekeke, haizzz, kadang2 rindu. File corak2 and contoh sulaman saya, saya pass kan kepada team leader, sebab saya tahu dorang perlukannya untuk tunjuk pada customer time demo, dia banyak ajar and bantu saya, lama pula tak contact dia, last saya contact dia, time tu dia tengah bersedih sebab husband dia pass away, kesian, apa nak buat, Tuhan lebih sayang arwah. Sebenarnya saya sayang file tu, tapi takpala, saya cuma harap lebih ramai orang akan tertarik untuk belajar sulaman, sekurang2nya ada juga aktiviti untuk surirumah yang boleh dapat duit. Dapat juga bantu keluarga kan?


P/s: Sorry panjang pula membebel hari ni, hahaha!
octopusemoticon


25 August 2010

Google Chrome Detect Geng Blogger Ada Malware!

Kiki
Holla, bila you all buka blog sendiri and blog kawan2 ada tak keluar mesej "MALWARE DETECTED"? Bahaya ni, nanti readers pun takut nak masuk and baca blog kita. Bukan itu saja, virus pun dialu-alukan datang kalau kita terus juga buka website yang ada amaran macam ni.

Nasib baik baca post Gnesop tadi, dia pun mengalami masalah sama juga. So akhirnya, saya decided to buang code link banner Geng Blogger, nanti bila masalah dah okay, barulah saya pasang balik, huhuhu. Lepas dah buang banner tu, blog ini dah kembali aman, hehehe!

Oh ya, lagu2 di blog ni telah ditukar, hope you guys like it, kalau tak nak dengar lagu, just click button pause pada player ya. 



Budak Disembelih Bapa Yang Sakit Mental



Luluh hati seorang ibu apabila melihat suaminya yang mengalami masalah mental tergamak menyembelih anak lelaki kesayangan mereka di dalam bilik air walaupun dia merayu berkali-kali supaya si suami tidak meneruskan niatnya dalam satu kejadian menyayat hati di Kampung Sungai Budor di sini semalam.

Mohd. Adam Muszhaffar Muhaimin, 3, meninggal dunia selepas lehernya hampir putus disembelih oleh bapanya, Muhaimin Sautar, 33, dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu. Selepas menyembelih anaknya, dia cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya tetapi tindakan itu gagal apabila dia diselamatkan penduduk. Difahamkan, Muhaimin bertindak demikian selepas dia gagal mengawal diri apabila dia didakwa telah lama tidak memakan ubat sakit mental.

Isteri Muhaimin, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu panas badan dan dia kemudian duduk di bawah rumah berhampiran dengan bilik air rumah mereka. Tidak lama kemudian dia terdengar Mohd. Adam menjerit lalu dia bergegas ke bilik air.

“Apabila saya sampai, luluh hati saya tatkala melihat suami saya bersungguh-sungguh menyembelih Mohd. Adam. Ketika itu suami berada di atas Mohd. Adam tanpa bersuara walaupun saya memintanya supaya berhenti. “Saya hanya mampu melihat darah membuak-buak mengalir ke lantai sehinggalah Mohd. Adam terkulai kaku dan tidak lagi bernyawa,” ceritanya ketika ditemui semalam.




Azura: Seramnya, memang kalau pesakit mental, mesti makan ubat ikut aturan yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tidak, dia bukan saja mampu membahayakan diri sendiri, dia juga mampu membahayakan orang lain terutama sekali orang yang paling dekat dengan dia.

25 Sebab Suami Mengalami Tekanan Mental



1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar atau tidak walaupun ianya betul.
Contoh: "hubby i tu kan kan, memancing ikan pun dia tak tau, bla bla bla!"

2. Menganggu suami dengan menelefon dia selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. 
Contoh: "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap, malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos tomato jer, ok tak?"

3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpannya.
Contoh: "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah, sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang suami hendak. 
Contoh: "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok.
Contoh: "eh kita suka la news pasal TV plasma tu, kita dah potong simpan"

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari office sedangkan baru semalam ke pasar.
Contoh: "bang, semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam, gula, beras dan susu budak kat TESCO, boleh singgah tak mana mana, please?"

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami bila dia salah beli barang.
Contoh: "saya kata beli susu cair dan ising gula, apasal awak beli susu dugro dan gula getah? kan lain tu!"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu.
Contoh: "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan?"

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. 
Contoh: "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad!"

10. Bercakap/bersembang?mengumpat di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....
Contoh: "pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot"

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami.
Contoh: "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan?"

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuir dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah, tapi cukup cantik dan cun bila nak keluar rumah. 
Contoh: "oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai baju koyak pun dah cukup seksi kan bang?"

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. 
Contoh: "sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling daring so kena pilih betul betul"

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. 
Contoh: "eh baju tu masih berendam dalam besen lagi, nak pakai jugak ke baju basah tu?"

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak-anak bila suami sedang hot dengan budak-budak.
Contoh: "eh biarlah budak-budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu"

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. 
Contoh: "nak mandi buat apa awal-awal bukan nak pergi jalan-jalan mana pun"

17. Suka melengah-lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak-budak atau buat benda-benda lain. 
Contoh: "awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi ni"

18. Mengganggu suami yang sedang tengok tv. 
Contoh: "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam ni"

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita juga. 
Contoh: "u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak, then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I, then lagi tak tak, then today, then tadi, u tau tak, semalam u nak tau, bla bla bla bla!"

20. Membebel dan berleter tak henti-henti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap-tiap hari.
Contoh: " i dah kata jangan kasi budak-budak tu prepaid, kan sekarang dah, bill bla bla bergayut bla bla bla bla, ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. 
Contoh: "eh cik abang,awak nih ada affair ke apasal sms beep beep beep tak henti-henti nih. GRO universiti mana pula awak nak ni?"

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. 
Contoh: "eee u tau tak hubby i tu makan petai jeruk, eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. 
Contoh: "apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor, i dah masak pai daging dan spaghetti kambing!"

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. 
Contoh: "adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak"

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan masa untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. 
Contoh: "you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol"



Azura: Rekaan semata-mata, kalau betul jangan marah ye, kekekeke!
Kiki

Pengemis Yang Suka Ambil Kesempatan!


Sangat sakit hati, bila ada orang tua sedap2 masuk office minta duit, kalau first time saya masih boleh bagi, ni dah berkali-kali datang tunjuk dokumen rumah sakit yang sudah berapa tahun punya, minta sumbangan perubatan, buku tu pun dah koyak2 rabak, dia lupa ka dia sudah selalu masuk office sini? Saya dulu sendiri pun sudah bagi berkali-kali. Adoiiii!

Saya tahu saya salah sebab tak bagi sumbangan, tapi saya sendiri pun takda duit, ni time2 pokai bah ni, haiyooo, daripada saya bagi dia, bagus saya bagi papa mama saya, ish! Saya bagi tahu pakcik tu saya tiada duit, adakah patut dia marah saya and tengking saya, "Mustahil kamu tak ada duit! Kamu kan anak boss!" Bodoh punya orang tua, terus saya pun meninggikan suaralah, sakit hati kan, saya kasitau dia, "Saya bukan anak boss, saya pun pekerja jak disini, saya betul2 tiada duit!"

Orang tua tu terkejut, sapa suruh kurang ajar, saya memang hormat orang tua, tapi kalau orang tua yang kurang ajar and gatal, boleh bla! Last2, aku terus buat kerja, aku malas mau layan, biar jak dia, pandailah tu keluar sendiri, datang tak diundang, pergi pun tak dihalau. Rasa malu sebab kurang ajar, tapi kalau orang macam ni, mesti kita mau kasar2 juga, kalau tidak, kepala kita dipijak!

Teruk betul perangai! Boleh kira pengemis ka tu kalau pakaian sangat kemas? Saya rasa ni orang tua ni kira orang senang, boring kali duduk dirumah! Jadi jalan2 minta sedekah. Kalau betul perlukan sumbangan dan pertolongan, Jabatan Kebajikan Masyarakat kan ada, jangan risau, setiap bulan terjamin juga sebab dapat bantuan dari dorang. Orang tua kalau datang sana minta bantuan, pasti dibagi. Lupa suruh dia p Jabatan Kebajikan daftar nama. 

Last but not least, mana anak-anaknya? Tiada keluarga ka? Hairan manusia masa sekarang...


24 August 2010

Aku Kan Tengok Saja, Usik Pun Tidak!!



Pada suatu hari Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar. 

Tak lama kemudian didengarnya suara esak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macam mana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggungjawab." "Sudahlah, sayang, kita serahkan semua ini pada YANG DI ATAS tu, " jawab si lelaki.

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! wah! Kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!


Credit: Jane Venomous


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More