17 July 2010

Zoo Sepanyol Mahu Sotong Paul!



Sebuah zoo di Madrid membuat tawaran untuk mendapatkan sotong selebriti Piala Dunia, Paul dari tempat tinggalnya di Akuarium Sea Life, Oberhausen, barat Jerman. 

Pihak pengurusan zoo itu akan menawarkan haiwan lain bagi menggantikan wang kepada pihak akuarium tersebut sebagai tukaran untuk mendapatkan Paul. Namun, seorang jurucakap Akuarium Sea Life menegaskan haiwan itu tidak akan dipindahkan ke tempat lain.

Sotong itu menjadi terkenal kerana ia meramalkan dengan tepat semua perlawanan melibatkan Jerman selain Sepanyol pada Piala Dunia 2010. Cara sotong itu membuat ramalan ialah dengan memilih salah satu bekas berisi makanan yang dihiasi dengan bendera negara yang bertanding dalam akuarium tersebut.

(Link)




--Azura's Notes: Cian si Paul, jadi rebutan sudah, kekekee. Dengar2 si Paul mo bersara dari dunia ramal-meramal. Kita tunggu dan lihat jak la.



0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More