29 July 2010

Tuala Wanita Tertinggal Dalam Rahim???


Seorang ibu muda di Tasek Gelugor menderita kesakitan selepas melahirkan anak sulung berikutan tuala wanita yang dipercayai digunakan ketika proses kelahiran anaknya tertinggal dalam rahimnya.

Mohd Abdul Muhaymin Mustafa, 24, mendakwa isterinya, Nurhidayah Abdul Hamid, 24, melahirkan anak perempuan secara normal pada jam 10.53 malam pada 15 Julai lalu, sebelum dibenarkan pulang dua hari selepas itu. Apabila berada di rumah, kesakitan yang dialami Nurhidayah semakin serius. Nurhidayah yang juga demam, dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Dua. Doktor hanya memberikan antibiotik, ubat demam dan batuk kerana menyifatkan kesakitan yang dialami wanita itu perkara biasa bagi mereka yang baru melahirkan anak.

Berikutan Nurhidayah terus mengalami kesakitan dan sukar untuk berjalan, Mohd Abdul Muhaymin membawa isterinya ke sebuah klinik swasta Isnin lalu, sebelum diminta merujuk ke Hospital Kepala Batas (HKB). Apabila pihak hospital melakukan pemeriksaan ke atas isteri saya, doktor mendapati tuala wanita yang dipercayai digunakan menahan darah masih dalam di rahimnya, katanya di sini.

Selepas tuala wanita itu dibuang, Nuhidayah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), Butterworth, kelmarin, untuk rawatan susulan. Ibu muda itu kini masih dirawat di HSJ dan keadaannya dilaporkan stabil.



--Azura's Notes: Yikes, gelinya... (Sambil geleng kepala). Ingatkan mo tambah picture, tapi bila search google kluar pulak gambar kanser rahim, omg, geli, dan takut...


4 Sweet Roses!:

adakah.....sampai mana tahap Dr kita skrg ni???

@Anonymous~yupp, tulah orang sampai takut mo bersalin di hospital, they prefer private clinic, biar mahal tapi selesa dan terjamin keselamatan

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More