22 July 2010

Misteri 500 Penguin Mati



Sejumlah 500 ekor bangkai penguin ditemui terdampar di pantai Brazil sejak 11 hari lalu, kata seorang pakar biologi di Akuarium Peruibe, Thiago do Nascimento.

Bedah siasat terhadap beberapa penguin itu mendapati perut mereka kosong tanpa makanan. Namun, saintis-saintis masih menyiasat sama ada cuaca sejuk atau aktiviti manusia sebagai punca kematian.

Katanya, memang menjadi kelaziman pada waktu ini apabila penguin berenang untuk berhijrah ke bahagian utara dan malangnya ada sebilangan kecil yang akan mati akibat kelaparan atau kepenatan. "Namun, kali ini jumlah yang mati amat besar," kata Nascimento.

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More