01 July 2010

Fasha Terima Lamaran Rizal


Fasha Sandha dan Rizal

KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai hubungan pelakon popular, Fasha Sandha, 26, dengan bekas suami aktres Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli, 34, akhirnya terjawab apabila Fasha mengaku mereka adalah pasangan kekasih.

Menurut Fasha, mereka berkawan sejak tujuh tahun lalu dan bercinta secara rasminya pada Mei lalu di Pulau Lang Tengah, Terengganu. "Ya, Rizal adalah kekasih saya dan kami bahagia sekarang. Kami memang sudah lama berkawan dan bila kita kenal seseorang itu, maka timbullah perasaan sayang. "Setakat ini kedua-dua keluarga kami sekadar tahu yang kami berkawan sahaja. Tentang penerimaan keluarga Rizal, saya tidak kisah sebab kami belum rancang untuk berkahwin. Mereka suka atau tidak, yang penting saya dan Rizal bahagia. "Apapun orang kata mengenai Rizal, saya terima seadanya. Begitu juga dengan Rizal, dia menerima baik buruk mengenai saya," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar drama bersiri Duyong Aridinata di Ampang, semalam.

Pada Mei lalu, Rizal telah membuat kejutan pada Fasha apabila dia hadir ke lokasi penggambaran Duyong Aridinata di Lang Tengah dengan menaiki helikopter. Kehadiran Rizal bertujuan untuk melamar Fasha menjadi kekasihnya dengan memberikan sebentuk cincin sebagai tanda cinta mereka.

[ Sumber: Kosmo ]

MSN Onion Emoticons
--Azura's Notes: Susah nak cakap juga, nak salahkan si Fasha pasal penceraian Nora Danish dgn Rizal pun tak boleh, sebab kita tak tahu apa masalah sebenar dorang ni, manalah tau ada salah silap yang Nora Danish buat sampai sanggup si Rizal ni ceraikan time dia masih pregnant, ish ish ish. Tapi dari dulu saya memang tak brape minat dengan si Fasha ni, opps, sorry ya. BUT somehow, lakonan dia okay, memang ada bakatlah, hehehe, ni pendapat saya seorang, kalau ada silap, tolong maafkan. Tapi takpa, what goes around comes around, so stay tuned, tengok je la drama dorang ni. Doakan dorang bahagia je la ya...

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More