02 July 2010

Fasha Sandha & Rizal Minta Diberikan Ruang & Privasi


KUALA LUMPUR - Bekas suami aktres Nora Danish, Rizal Ashram Ramli kembali menarik perhatian media berikutan pengakuan terbuka Fasha Sandha bahawa mereka adalah pasangan kekasih. Berikut jawapan Rizal, 34, atau lebih dikenali sebagai Jejai ketika dihubungi Kosmo! terhadap kenyataan terbuka Fasha, 26, semasa sidang akhbar drama bersiri Duyong Aridinata kelmarin.

Kosmo!: Apa pandangan Rizal tentang kenyataan Fasha yang disiarkan media semalam?

RIZAL: Saya tidak mahu banyak komen dan memanjangkan lagi isu ini.

Kosmo!: Sesetengah pihak melihat Fasha sebagai angkuh menerusi kenyataannya yang tidak kisah tentang penerimaan keluarga Rizal terhadapnya sebab belum ada rancangan untuk berkahwin? Apa komen anda?

RIZAL: Saya tidak fikir isu penerimaan (keluarga) itu angkuh kerana itu bukan apa yang Fasha maksudkan.

Maksudnya adalah hubungan kami masih baru dan tidak perlu fikir tentang isu penerimaan itu lagi.

Kosmo!: Ada sebarang perancangan untuk berkahwin?

RIZAL: Tidak terlintas pun di fikiran tentang hal (perkahwinan) itu. Semua perkara lain akan dibincangkan apabila tiba masanya. Buat masa ini saya dan Fasha mohon diberi sedikit ruang dan privasi.


[ Sumber: Kosmo ]

--Azura's Notes: Alergik kali si Jejai ni jadi famous sebab gosip, kekeke. All the best la for both of you! Semoga bahagia... <3

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More