23 July 2010

Dirantai Selama 6 Tahun Kerana Dirasuk Jin!


Seorang pemuda Arab Saudi berumur 29 tahun yang dikenali sebagai Turki dirantai di tingkat bawah tanah apartmen selama lebih enam tahun kerana bapanya percaya dia dirasuk oleh jin perempuan yang jahat. Turki, tidak boleh makan, minum atau menggunakan tandas tanpa bantuan orang lain, tinggal di sebuah bilik kecil di ruang bawah tanah dengan ibunya.

"Apabila dia cergas, dia menggigil dan seluruh tubuhnya bergerak-gerak manakala matanya menjadi putih," kata bapanya. "Malah, suara seorang wanita boleh didengari datang daripada dirinya," tambahnya.

Bapanya telah membawa anaknya menemui beberapa orang alim tempatan untuk membantu memulihkan anaknya itu. "Namun, kebanyakan alim ulama itu dilanda ketakutan selepas satu suara wanita yang keluar daripada tubuh anaknya itu memberitahu dia ialah jin wanita dan tidak ada seorang pun yang boleh mengeluarkannya kecuali Turki meninggal dunia," kata bapanya.

Seorang guru agama menasihatkan bapa pemuda itu supaya merantai anaknya di tangan dan kaki manakala ayat suci al-Quran dibacakan untuknya. Menurutnya, apabila ayat-ayat suci al-Quran diperdengarkan, Turki akan berasa terkejut sehingga dia hampir terjatuh dari katilnya.


(Link)


0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More