24 July 2010

Darth Vader Singgah New York Untuk Rompak Bank!


Seorang lelaki yang memakai kostum seperti watak dalam filem Star Wars, Darth Vader merompak sebuah bank di New York. Dia yang menggunakan sepucuk pistol berjaya melarikan sejumlah wang. "Pada mulanya, pelanggan-pelanggan menyangka lelaki itu melakukan gurauan dan ia bukannya satu percubaan serius untuk merompak," kata seorang pegawai polis, Sarjan William Lamb.

Polis kemudian mengeluarkan satu rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan lelaki itu berada di kaunter juruwang dan memasukkan sejumlah wang ke dalam sebuah beg manakala pelanggan-pelanggan bank tersebut duduk di lantai.

Menurut pegawai polis berkenaan, jumlah wang yang dibawa lari masih tidak diketahui kerana semasa berita rompakan tersebut dilaporkan pihak bank masih melakukan pengiraan jumlah wang yang dirompak itu.


2 Sweet Roses!:

waaaaaa..best nya kalo merompak mcm tu jak..pakai kostum n orang ingat kita bergurau..

hahahaha, kita pakai kostum lain la, aku mo try sailormoon la, wakakakaka!!!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More