22 July 2010

Amah Jadi Jutawan!


Seorang amah Filipina yang setia berkhidmat selama lebih 20 tahun menjadi jutawan segera kerana majikannya memberikannya sebanyak S$6 juta (RM14 juta) menerusi wasiat.


"Sama ada memiliki atau tidak wang itu, saya merupakan amah yang paling bertuah di Singapura," katanya. Christine, yang berusia 47 tahun dan masih belum berkahwin, enggan mendedahkan identiti dirinya dan mahu dikenali sebagai Christine kerana bimbangkan keselamatannya di Filipina yang merupakan negara yang sering menjadi lokasi penculikan untuk mendapatkan wang tebusan.

Dia mendapat wasiat itu daripada majikannya yang juga seorang wanita, Dr. Quek Kai Miew yang meninggal dunia pada tahun lalu semasa berusia 66 tahun. "Kematian itu amat mengecewakan saya kerana tempoh saya bersama dengan doktor itu lebih lama daripada saya bersama ibu saya," tambahnya.

"Saya akan berasa sedih setiap kali saya teringatkan dia (majikannya)," kata amah tersebut.



4 Sweet Roses!:

Camni I pun nk keje jadi amah lah.. ^_^

@AMiRU~hahahaha, kalau tinggalkan duit takpelah, kalau tinggalkan hutang, nah, habis, kekekeke

@AMiRU~hahahaha, kalau tinggalkan duit takpelah, kalau tinggalkan hutang, nah, habis, kekekeke

@AMiRU~hahahaha, kalau tinggalkan duit takpelah, kalau tinggalkan hutang, nah, habis, kekekeke

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More