30 June 2010

Pelakon Winter Sonata (Park Yong-ha) Membunuh Diri

MUNGKINKAH DI SEBALIK SENYUMAN MANIS, HIDUPNYA SUNYI?

Pelakon popular Korea Selatan yang membintangi drama bersiri popular Winter Sonata, Park Yong-ha ditemui mati di kediamannya dengan petunjuk mengatakan dia membunuh diri, hari ini.

Agensi berita Yonhap melaporkan, pihak polis memberitahu Park Yong-ha, 33, didapati menggantung diri di kediamannya di Seoul. Park didapati menggantungkan diri menggunakan wayar pengecas bateri telefon bimbit. Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat punca kematian pelakon kacak itu.

Park mula terkenal pada lewat tahun 1990-an dan semakin dikenali ramai termasuk di Malaysia apabila drama Winter Sonata mendapat sambutan menggalakkan di beberapa negara termasuk Malaysia. Dia yang juga seorang penyanyi pernah mengadakan konsert besar di Korea dan Jepun. Park mempunyai ramai peminat wanita termasuk golongan orang kenamaan.

Yonhap melaporkan, tiada nota bunuh diri ditemui tetapi pihak polis mengatakan Park ada menghantar pesanan ringkas meminta maaf kepada ayahnya yang sedang sakit kerana menghidap kanser perut sebelum itu.

[ Sumber: ManggaOnline.com ]



MSN Onion Icons
--Azura's Note: Rest In Peace :'(

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More