04 June 2010

Mendoakan Kemusnahan Orang Lain. Patut Atau Tak Patut?

Hairan dengan sesetengah manusia, suka mendoakan kemusnahan atau kesusahan orang lain. Bukankah lebih baik kita mendoakan semoga Tuhan membuka hati si pesalah untuk berubah? Kenapa perlu mendoakan orang itu matilah, musnahlah, terhapus dari muka bumilah? Siap-siap buat solat hajat lagi. Janganlah menunjukkan kebodohan sendiri, dan paling penting jangan menggunakan agama untuk mejatuhkan orang lain. Saya faham, ada sesetengah pihak marah dengan apa yang berlaku, tapi jangan mengeruhkan keadaan, dendam tidak selesaikan masalah. Kena guna otak, fikirkan cara terbaik yang kita mampu buat untuk membantu, tiada guna post komen-komen yang teruk macam ni, memalukan diri sendiri saja.
Menakutkan, terkejut baca komen-komen mcm ni, ada pulak yang sokong.

Suka dengan pandangan sahabat saya diatas ni, sokong 101%!!

4 Sweet Roses!:

sepatutnyer mmg tidak PATUT pun...dalam islam mmg tidak menggalakkan kita mendoakan kemusnahan org lain....

tulah sis, sa takut baca komen2 dorang dalam facebook ni...

selamat berkenalan..
1st timer here..jumpa blog ni dekat blog ni.. (http://wanita-dize.blogspot.com/)
saya setuju, nak komen dari sudut pandangan islam sebab saya muslim..

sebenarnya memang xboleh pun kita mendoakan sesuatu yang buruk..macam awak cakap cakap, sepatutnya mendoakan kebaikan kepada mereka.. dalam kitab kami quran sendiri menyebut..

“Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, Maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.” (QS. Fushshilaat: 34-35).

tapi ada beberapa situasi islam membenarkan kita mendoakan keburukan kepada sesuatu pihak.. contohnya jika seseorang itu dizalimi/dianiaya oleh pihak2 tertentu. dalam kes ni, tak kisah samada yang menzalimi adalah dari bangsa yahudi atau melayu sekalipun, jika dia menzalimi, pihak yang dizalimi boleh mendoakan agar yang menzalimi mendapat balasan yang setimpal.

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

walaubagaimanapun, antara mendoakan keburukan dengan memaafkan, islam lebih menganjurkan memaafkan..seperti ayat di bawah:

“Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.” (QS. Asy Syuura: 40).

“Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (an-nur:22)

“Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)

jadi, pendapat saya, sepatutnya jika mahu mendoakan keburukan pun, khususkan pada yang melakukan kezaliman, bukan pada bangsa. kerana dalam satu bangsa itu mustahil semuanya jahat, pasti ada juga yang baik. dan yang baik tidak akan bersetuju dengan yang jahat. kepada saudari/akak azura..maafkanlah jika ada titipan kata2 saya di atas yang menyinggung hati..dan juga saya m.maaf jika tidak selesa kerana saya memberikan komen bersumberkan al-quran/hadis..

hi muzakkir, terima kasih ya, sudi dtg blog saya, ermmm, saya okay, jangan risaulah, saya suka cara muzakkir berikan komen, at least ada bukti kukuh untuk sokong pendapat muzakkir, dan saya pun blajar dari situ, hehehe. saya hormat pendapat muzakkir.

saya paling suka part yang ini:
jadi, pendapat saya, sepatutnya jika mahu mendoakan keburukan pun, khususkan pada yang melakukan kezaliman, bukan pada bangsa. kerana dalam satu bangsa itu mustahil semuanya jahat, pasti ada juga yang baik. dan yang baik tidak akan bersetuju dengan yang jahat.

betul cakap muzakkir, cuma kadang2 gara2 nila setitik, rosak susu sebelanga, ada segelintir manusia yang berfikiran mcm tu, kalau ramai yang berfikiran mcm muzakkir, dunia pasti lebih aman. :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More