08 June 2010

80% Sudah Terima Konsep 1Malaysia



PASIR MAS: Konsep 1Malaysia kini diterima oleh 80 peratus rakyat negara ini, kata Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Abdullah Murad.

Katanya, sebahagian kecil lagi berada di kawasan terpencil seperti pedalaman di mana maklumat agak sukar disampaikan walaupun sudah dua tahun konsep itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kefahaman juga agak berbeza kerana terdapat perbezaan politik di negara ini," katanya selepas merasmikan Program BersamaMu 1Malaysia di Pusat Latihan Khidmat Negara Cancun Park, Kampung Kangkung di sini, semalam.

Abdullah berkata, perangkaan itu diperoleh daripada satu kajian membabitkan 12,200 rakyat negara ini.

"Kita akan minta pegawai-pegawai kita memperjelaskan perkara itu kepada mereka yang belum menerima lagi konsep 1Malaysia," katanya. - Bernama


Saya baru habis baca berita BERITA HARIAN tadi. Terbaca pula berita yang ini. Dalam hati tertanya-tanya, sure ke? Betul ke konsep 1Malaysia ni sudah diterima 80%? I dont think so. Especially bab-bab kebebasan beragama. Bukan semua agama di Malaysia ini bebas menjalankan upacara keagamaan mereka. Tapi ini pendapat saya. Kalau salah minta maaf banyak-banyak. Sabah & Sarawak pula suda lama amalkan konsep 1Malaysia ni. Inilah sikap penduduk rakyat Sabah & Sarawak, mudah mesra dengan semua orang tanpa mengira kaum. Apa yang paling penting ialah sikap toleransi dan hormat-menghormati. Apa pendapat anda pula? Bagilah komen dan cadangan terbaik untuk kita sama-sama capai konsep 1Malaysia ni.

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More