24 May 2010

Sekadar Renungan

Pernahkah dalam hidup kamu, kamu menyalahkan Tuhan atas segala masalah yang kamu hadapi? Aku slalu buat perangai bodoh macam tu, langsung tak bersyukur dengan apa yang aku ada, dan lupa dengan insan2 yang lebih susah dan lebih malang nasib dan hidupnya. Kenapa kita slalu harapkan Tuhan tunaikan doa dan permintaan kita? Kenapa kita tidak minta Tuhan kuatkan iman dan kesabaran kita untuk memghadapi masalah kita? 

Itulah manusia kan? Teruk betul aku rasa diri ini, slalu buat and cakap sesuatu tanpa berfikir betul2, haizzz, bilalah mo matang. Slalu mengadu sama Tuhan, napa begini, napa begitu. Tapi last2 aku sedar, Tuhan slalu mendengar doa ku, cuma Dia tahu, belum sampai masa yang paling tepat untuk Dia tunaikan doa aku. Dia mahu aku jadi lebih kuat lagi, betul jugak, kalau kita tiada masalah, kita tidak tahu apa erti GEMBIRA. Dan bila kita nampak ada orang yang lebih susah hidupnya, nah situ baru kita rasa bersalah sama Tuhan, sebab slalu mengeluh.

Aku yakin Tuhan selalu menjaga aku, dan aku yakin, segalanya indah tepat pada waktunya, amen...

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More