27 January 2010

Segalanya Menjadi Indah Pada Waktu Yang Tepat

Kadang-kadang kita selalu bertanya dalam hati dan menyalahkan Tuhan, "Apa yang telah saya lakukan sehingga saya harus melalui semua masalah ini? Kenapa Tuhan membiarkan semua ini terjadi kepada saya?"


Seorang anak memberitahu ibunya bahawa segala sesuatu tidak berjalan seperti yang dia harapkan. Dia gagal dalam peperiksaan dan ditinggalkan teman wanitanya. 

Ibu: Jhon, mau makan kek?
Anak: Mau mak.
Ibu: Nah, rasa dulu mentega ni.
Anak: Yaiks! Tak nak lah.
Ibu: Rasalah telur mentah ni.
Anak: You're kidding me, mom.
Ibu: Cuba pula ni tepung.
Anak: Mom, semua itu menjijikkan!
Ibu: Ya, semuanya memang nampak menjijikkan jika dirasa satu per satu. Tapi jika semuanya dicampur melalui satu proses yang betul, is pasti menjadi kek yang sedap.

Kesimpulannya, Tuhan juga bekerja dengan cara yang sama. Kita selalu mengeluh dan marah, kenapa Dia membiarkan kita melalui masa-masa yang sukar dan tidak menyenangkan. Tapi Tuhan tahu, jika Dia membiarkan semuanya terjadi satu per satu sesuai dengan rancanganNya, segala sesuatu akan menjadi sempurna dan indah tepat pada waktunya. Kita hanya perlu percaya, bahawa proses ini diperlukan untuk menyempurnakan hidup kita. Tuhan sangat sayangkan kita. Dia selalu ada disaat kita memerlukannya. Dia selalu mendengar disaat kita perlukan seseorang untuk mendengar keluhan hati kita. Janganlah putus asa dan tetaplah berharap dan yakin, segalanya indah pada waktu yang tepat, amen....

0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More