30 December 2010

Jom Ambil Award Ni! Khas Untuk Kamu Semua. :)

Hurray, dapat award lagi dari si Umar yang cute. Hihihi. Thanks ya dear, selalu bagi Zura award. Seganlah pula, terharu pun ada, ekekeke.

1. Award Blog Paling Best & Terbaik Punyerr!!
http://2.bp.blogspot.com/_QKpotcZnUDY/TRZFse8hLqI/AAAAAAAAAyI/1R4QMDl4cIA/s1600/award+2011.png
http://salam1malay.blogspot.com/2010/12/award-baik-punyerr-la.html

Cantik tak award dekat atas ni? Hah, award ni dibuat khas oleh K-ril untuk Umar tau. So sapa2 yang ambil award ni, sudi2lah link kan ke blog K-ril iaitu Bual Komputer. Ada masalah mengenai komputer boleh juga rujuk dengan dia, hihihi. :D



1. Friendly Blog Award!!
http://salam1malay.blogspot.com/2010/12/award-persahabatan.html

Hehehe, award ni pun dari si Umar juga. So ada sikit soalan cepu emas yang perlu dijawab, ekekeke. Harap2 betul la jawapannya ya. :)

1. Pendapat kamu tentang blog pemberi award
C-U-T-E!!! Suka tengok awan tu kat background dia tu, pandai jalan2, ekekekekee. Simple tapi padat tau! Kira memang blogger tegarlah, dan yang paling penting, dia ni memang rajin BW, ada jak mukanya bertempek di shoutbox, ekekeke.


2. Tempat yang kamu teringin nak lawat
Ermmm. Jepun!!! Nak tengok bunga Sakura and main2 salji, ekekeke.


 3. Tiga perkara tentang diri anda
 Suka berangan (Macam si Umar, ekekeke)
 Suka haiwan (Especially anjing & kucing)
 Suka buat lawak untuk buat orang ketawa


Okay, masa untuk tagging menagging!
Semua Ahli WSB
Semua Followers
You yang baca tu bah!

Award ni juga paling special untuk semua tukang komen dibawah ni, ekekeke, memang Zura sayang kamu semua. Terima kasih. Tanpa kamu semua, mesti sunyi jak entry2 Zura, ekekeke.

Jangan segan2 ambil saja ya. Sapa2 pun boleh ambil. :)

29 December 2010

Gara-gara Perlawanan Bola Sepak Pun Mahu Gaduh

Saya tak fahamlah, kenapa baru2 ni kecoh pasal penggunaan laser semasa perlawanan bola Piala AFF Suzuki. Kalau kalah, terima sajalah. Berusaha lagi, perbaiki skill, jangan kecoh2, memalukan saja. Takkanlah pasal laser pun boleh kalah. Adeiii macam budak2.

Jangan gara2 perkara kecil ni dua negara sampai mo bergaduh macam apa jak, ish ish ish.

Sekadar gurauan ya semua, jangan marah, ekekeke.
Credit gambar: MyTawau

28 December 2010

Sudah Kahwin Mengaku Bujang. Apa Nak Jadi?

Credit gambar: Love-kish

Holla, sorry lama tak update blog, ekeke. Sibuk dengan persiapan Christmas, entry untuk Christmas pun belum lagi siap, ekekeke. Nanti akan dipublishkan bila siap.

Hari ni Zura rasa tak berapa sihat, flu and sore throat, terlebih minum oren kali bah ni, hihihi. Tambah lagi dengan rasa panas ni, aircond rosak, cett betul. Tengah tunggu aircond lama dikirim dari HQ, nak beli baru, bini boss yang kedekut basi tu tak kasi, cett lah.

Hrmmm, nak share satu cerita bah ni. Tadi bila kawan satu office Zura (lelaki) berkumpul bercerita, dorang sibuk cerita pasal perempuan, some of them sudah kahwin tau, tapi still ada gf di luar, memang mata keranjang. Pelik juga ya, lelaki pun pandai bergosip. Sibuk banding gf (kekasih gelap) sapa yang lagi cantik, ish ish ish, perasan hensem owh.

Macam manalah tu ya dorang cover line? Bini sibuk dirumah jaga makan minumnya, urus pakaiannya, urus anak2, dia pula sedap2 bercengkerama dengan amoi lain diluar. Lelaki lelaki. 

Zura ada tanya juga, kenapa juga ada gf diluar, tak sayang bini ka? Then dorang jawab, alaaah just TTM. Zura hairan, tak faham maksud TTM, last2 bila Zura tanya lagi, rupanya TTM stands for "Teman Tapi Mesra"!!! 

Cett betul la. 




Suami Bunuh Isteri Kerana Tak Mahu Melihat Isteri Terus Menderita


Seorang lelaki tua dituduh membunuh isterinya yang sakit dengan menikam kepalanya dengan pemutar skru. Menurut laporan media Taipei, kejadian berlaku beberapa minggu selepas lelaki itu menulis dalam blognya bahawa dia mungkin akan membunuh isterinya kerana kasihan.


Bekas jurutera, Wang Ching-hsi, 83, disyaki memberi pil tidur kepada isterinya awal kelmarin dan kemudian membunuhnya. “Mengapa saya melakukannya? Ia ada dalam blog saya,” kata Wang kepada wartawan ketika ditahan oleh polis.

Tulisan bertarikh 5 Disember dalam blog yang dipercayai milik Wang mendedahkan secara terperinci bagaimana isterinnya, Sun, Yuan-ping, 80, sudah putus asa untuk meneruskan kehidupan. Menurut tulisan itu, dia mengalami penyakit Parkinson dan baru-baru ini patah kaki kiri.

“Dia menderita,” kata Wang dalam blognya. Pasangan itu dikatakan mencapai persetujuan 10 tahun lalu untuk ‘mati dalam keadaan tenteram.’ Media memetik Wang sebagai berkata dalam blog itu: “Apabila tiba masanya, saya akan membunuh kamu.” Selepas membunuh isterinya, Wang menelefon polis dan menyerah diri di apartmennya.


(Link)


P/s: Hrmmm, apa pun alasannya, Zura tetap rasa dia tak patut bunuh isterinya. Titik!

22 December 2010

Pertandingan Blog Paling Superb!


Dapat tag dari si Yats lagi, hahaha, mudah2an ada can menang ni kali, kakaka, simple jak contest ni, rugi kalau tak ikut. Untuk terma dan syarat contest ni, sila rujuk di blog Schya's Story. Jom kita singgah blog Aisyah, kita bagi support sama dia! Hehehe.

Nak juga tag kawan2 blogger ni supaya join contest ni. So sapa2 yang terbaca entry ni dan berminat untuk ikut, amatlah dialu-alukan. Jangan malu2 bah! :)

Hanya 200 blogger terawal yang menghantar link entry boleh join tau, so cepat2lah join. Tarikh tutup ialah pada 21 FEBRUARY 2011, 11.59PM.


Pelik! Tikus Berkicau Seperti Burung!


Saintis-saintis Jepun mengumumkan semalam mereka berjaya mencipta tikus yang boleh berkicau seperti burung dalam evolusi kejuruteraan genetik yang diharap dapat membantu merungkai asal usul bahasa manusia suatu hari nanti.

Sekumpulan penyelidik di Universiti Osaka menghasilkan haiwan tersebut menerusi kajian yang dinamakan 'Projek Evolusi Tikus' yang mana mereka menggunakan tikus modifikasi genetik yang cenderung bermutasi.


"Mutasi adalah pencetus evolusi. Kami telah membuat kacukan ke atas tikus modifikasi genetik selama beberapa generasi untuk melihat apa yang akan berlaku," kata ketua penyelidik berkenaan, Arikuni Uchimura. Menurutnya, kelahiran tikus berkicau itu berlaku kerana hukum alam tetapi ciri-ciri berkenaan akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Pasukan saintis itu berharap penemuan tersebut dapat memberi petunjuk berhubung bagaimana evolusi bahasa manusia berlaku.

Berita selanjutnya di SINI.


P/s: Hrmmm, kalau ciri2 ni diwarisi generasi tikus akan datang, habislah, tikus pakai bahasa burung sudah, maybe boleh bercinta sama burung kali ni, ekekeke. Cian si tikus. Mutasi ni memang ajaib. Inilah cara kita untuk survive dalam persekitaran ekstrem. Kadang2, mutasi ini ada yang bagus ada yang tak bagus. Silap2 bahan kajian boleh jadi monster. Huhuhu. Takut eh. 
Teringat pula kuliah Genetik masa study dulu, memang best! Tapi susah owh, kakakaa! 

21 December 2010

Jom Kita Join GiveAway Akhir Tahun 2010 Tok Esah


Dapat tag untuk join contest dari si Yats, ekekeke, bagus juga ni, Zura pun tak pernah menang lagi ni contest2 yang dijoin, tapi still nak cuba la juga, ekekeke.

Contest ni "GiveAway Akhir Tahun 2010" ini dianjurkan oleh Tok Esah. Hadiah yang dijanjikan memang lumayan, tapi still dirahsiakan, ekekeke. Surprise gitu. Untuk terma dan syarat contest silalah ke blog Tok Esah ya. Semua maklumat ada disitu.

Bila join contest ni, kena buat satu slogan tau. Simple saja. Dia tanya pasal azam tahun 2011 kita, ekekeke. So ini slogan saya, "Azam tahun baru 2011 saya ialah memajukan tanah keluarga di kampung dan seterusnya membahagiakan keluarga saya. Dan yang paling penting, mestilah ambil lesen memandu dan dapatkan satu biji kereta. Mudah2anlah tercapai."

Zura nak tag 3 orang rakan blogger supaya join contest ni juga, ekekeke. Bah jom kita join geng!

Selesai sudah, jangan lupa, tarikh tutup contest ini adalah pada:
01/01/2011 11.11PM

*Happy* L.O.V.E Awards Dari Sumandak-Sumandak Wasaber Yang Hot Gitu!


Hurray! Dapat award dari sumandak2 ni, si GlayYats, CatherineLina Ramsah & Ayie. Tq tq so much ya geng, sayang kamu juga. Mudah2an persahabatan kita diruangan blogger ni, berkekalanlah sampai bila2. Especially WSB Community, disini ramai Zura kenal kawan2 blogger Sabahan yang baru. Memang satu kepala (S-O-T) semua ni. Tapi yang paling sot memang si boss (admin). Kakakaka!

Bah, masa untuk menjawap soalan. Serius sikit.

1. Siapa orang yang korang paling sayang?
Paling disayang tentulah keluarga Zura, boyfie, sahabat2 Zura, and my pets, ekekeke.

2. Kenapa korang sayang orang yang korang sayang tue?
Tanpa dorang semua, siapalah Zura ni.

3. Berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang, tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan.
Saya sayang betul sama kamu, memang kadang2 saya ni jahat, nakal, kuat marah, tapi apa2 pun saya cuba juga jadi dan beri yang terbaik untuk kamu. Biarlah saya tiada apa2, yang penting saya ada kamu.
Sob..sob...sob...

4. Tag 15 orang kawan blogger untuk sampaikan salam sayang kamu.
Hehehe, banyak yang dorang tag tu memang antara pilihan untuk ditag bah ni, tapi takpa, Zura sebarkan virus love ni secara random, ekekeke. Tapi kalau dah dapat, anggap jak renew award ya. Sayang kamu semua.

My beloved WSB and all wasabers!
My Supportive Followers!
My Readers!

Grab cepat! Hehehehe. Love you all, Zura sampai tahap macam ni pun atas sokongan kamu. Terima kasih atas semua nasihat dan dorongan kamu, tanpa kamu mesti blog Azura Banyak Cakap ni sunyi sepi. Hasil Nuffnang pun semua adalah rezeki yang diberikan oleh kamu semua. Terima kasih semua. Zura tengah tunggu duit Nuffnang ni, dah cash out, tapi cheque lum sampai, ingat nak buat GA juga, sempena harijadi Zura (09 Januari 2011). Tunggu dan lihat ya, ekekeke.

18 December 2010

Nak Cari High Heels Untuk Tahun Baru 2011? Try Design Ni. Biar Catchy Sikit!

Macam kaki payau jak ni, ekekekeke.

Apa ni ah? *Bingung*

Kalau pakai ni, sure pencuri, perogol, penyamun dan syaitan bertopengkan manusia tak berani dekat. Macam mafia gitu.

Ini kalau kena kejar anjing, lempar jak kasut ni, sure anjing pun R.I.P terus!
Adesss. Kalau ada mood mo main lastik, just cabut, hahahaha.

Astaga, bagus tak payah pakai kasut kalau macam tu!

Uiiii, nda sakit ka tu?

Nah, sambil jalan2, kalau nampak laut, terus jaklah p diving, kakakaka!

Kalau nak lebih "hebat". Nak kalahkan Lady Gaga punya style, cubalah design kasut dibawah. Kelebihannya, barang senang dicari dan very nature-friendly, kikikiki. :p

Terbaik dari ladang punya! Fresh lagi owh!

Recycle bahan buangan. Save the earth!

17 December 2010

Si Azura Yang Kehabisan Idea Buat Entry Baru Tiba2 Merapu!


Am I falling in love with him?

I keep thinking about him.
I keep day dreaming about him.
Gosh! What should I do?

I don't want to lose him as a friend.
He's my bestfriend.

But I miss him so much. 
More than what I can say.

Can you please tell me what to do?


ChurpChurp | Social Share » I'm A SaverRaverBerry! What's Yours Today?

Ahaks! Comel pula kuiz ni, apa kata you guys go and check it out. Bukan lama pun, sekejap jak. Kalau gambar tak jelas, just click for a larger view. :)

Ada soalan yang lucu-lucu. Ada lagi soalannya, tapi malas saya printscreen semua, ehehehe.

Ada game, ekekeke.

Lepas siap lengkapkan kuiz ni, tunggulah resultnya.

Ahaks! Dia bilang saya ni SaverRaverBerry!
Then, kita boleh juga match kawan kita dalam Facebook dengan pilihan berry2 disitu. Sambil tgk2 offer2 yang Digi tawarkan, so jangan lepaskan peluang, kalau boring2 tu, jom tambahkan senyuman dengan kuiz2 lucu ni. Hihihihi.

16 December 2010

Pernah Tak Kala Jengking Masuk Rumah Kamu?

Holla guys, lupa nak bagitau kamu, semalam adik Zura jumpa kala jengking masa dia tengah cuci kain. Nasib baiklah kala jengking tu tak sengat adik Zura. Sedapnya dia bertapuk dekat washing machine. Ish ish ish. Kala jengking kan hidup di hutan, kenapa pula boleh sampai rumah kami ni ah? 

For your information, maybe dia datang dari hutan dekat atas bukit taman tempat kami tinggal ni, ish semalam nak tidur pun takut. Kalau lipan tu biasa juga kita nampak, ni kala jengking, first time Zura nampak ni, secara live gitu. Rasa happy, takut, suka, teruja, bercampur-campur, hahaha (orang yg study pasal biologi haiwan dan entomologi ni memang senang teruja nampak benda2 macam ni, kakaka). Mum Zura terus ambil penyapu and ketuk kepalanya, kesian pula, ekekeke.

Nah, ini gambar yang sempat Zura ambil sebelum "mayatnya" dibuang ke longkang, huhuhu.





(Istilah Saintifik: Entomologi adalah cabang sains yang mengkaji mengenai serangga.)

15 December 2010

Birthday Dah Dekat? Nak Tak Kek Macam Ni?












Minta-minta janganlah ada orang bagi Zura kek macam ni nanti. Baru tengok jak pun dah nak muntah. Berselera pula dorang makan kek macam ni ya. Oh ya, tak lama lagi harijadi Zura. Haizzz bertambah tua lagi ni. Ish ish ish. Tak bolehkah bertambah muda? Hahaha!


P/s: Happy sangat2 sebab dapat 2 BE (AMP KK Launch (Hitz) & Colgate Sensitive Pro Relief). Terima kasih ya, kerana kamu semualah baru Zura dapat rezeki ni. Lap u all!
rabbitemoticon

Breast Staring Contest! Nak Join Tak?




Ada-ada jak dorang ni, hahaha, malunya semua lelaki tu, ketara betul muka gatal, ish ish ish. Tapi kalau lelaki memang normal kan? Hahaha. Jangan marah ya, video ni cuma untuk hiburan sahaja. Cuba kamu pilih, mana satu yang paling gatal antara semua, hahaha.

Tutorial - Colourful Rainbow Link

Tutorial kali ni adalah atas request adik Mamat yang cute ni, hehehe. Sebenarnya code untuk link warna-warni ni, Zura dapat dari Liyana Lunia. Kalau ada masa visitlah blog dia, sebab dia banyak buat tutorial. Steps yang dia bagi pun senang. :)

So, steps untuk tambah widget ni senang saja.

1. Pergi ke Dashboard>Design>Page Elements>Add a Gadget>Html/Javascript.

2. Pada ruangan title, tak payah letak apa2. Then pada ruangan content, tambah code dibawah.

<script src="http://bloggerhosting.appspot.com/serve/fwzynn.googlepages.com/rainbow.user.js" type="text/javascript">

/***********************************************

* Script edited by Ynn Ainul at http://fwzynn.blogspot.com/

* Please keep this notice intact

***********************************************/
</script>

3. Lastly, click save. Hehehe. Simple kan?

Jangan lupa share dengan kawan ya. Credit tutorial 100% goes to Liyana. :)

15 Perkara Yang Kamu Patut Tahu Pasal Caffeine


[Source: This Blog Rules]

Hehehe, saja nak share ni. Tak kisahlah kamu ni heavy drinker COFFEE atau tidak. Kalau Zura, memang heavy drinker punya, ekekeke. Kalau gambar tu tak jelas, just click untuk pembesaran imej. Okaylah, have fun ya. :)

14 December 2010

Ada-ada Jak Orang Zaman Sekarang





Nampak macam betul la pula, hahaha. Ada jak idea dorang ni. Supaya tattoo nampak lebih real dan cantik, ish ish ish. Jangan lupa baca entry Zura yang lain pasal tattoo dan body modification ni. Baca entry "20 Bizarre Body Modification".

Detik Menakjubkan Yang Dapat Kita Lihat Semasa Kandungan Haiwan Berada Pada Peringkat Embrio

Gambar ini diambil semasa haiwan (gajah, ikan jerung, ikan lumba-lumba, anjing, penguin dan kucing) masih berada pada peringkat embrio. Peter Chinn telah menggabungkan 3D ultrasound scans, computer graphics dan camera yang kecil dan halus untuk merakam detik-detik ini. Ajaib kan?












Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More